STEM JUNIOR RESEARCHER
MATLAMAT
Menyediakan program kepada murid sekolah menengah rendah yang bersifat holistik dalam bidang penyelidikan dan pengumpulan data serta mengasah bakat soft skills.
OBJEKTIF
- Menjadikan murid lebih dinamik dalam kemahiran membuat penyelidikan secara umum.
- Menarik minat para peserta dalam menghayati pembelajaran STEM.
- Mengukuhkan bidang STI melalui pembudayaan norma baharu.
JUSTIFIKASI
- Kepentingan pembelajaran STEM dalam sektor sekolah (murid dan guru) dan universiti (pensyarah).
- Pemangkin dalam membudayakan murid untuk menjalankan penyelidikan secara ilmiah dan inovatif.
- Merakyatkan Dasar STI Negara menerusi elemen Bakat STI secara kolektif.
- Meneroka bidang ilmu yang membawa kepada pengalaman yang komprehensif.
- Rangkaian kerjasama dengan pelbagai institusi pendidikan negara.
Hasil Pembelajaran
- Pengisian yang lebih interaktif.
- Keperluan P&P sekolah.
- Meningkatkan minat STEM.
- Proses pembelajaran sepanjang hayat.
SENARAI MODUL ASAS PEMBELAJARAN
PROPOSAL PENYELIDIKAN |
|
HACKATHON INFOGRAFIK |
|
HACKATHON SLIDE PRESENTATION |
|
PEMBENTANGAN PENYELIDIKAN |
|
Maklumat Program
HAL | PERKARA |
---|---|
Anjuran | Pusat Sains & Kreativiti Terengganu Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) |
Penglibatan | Sekolah Seluruh Malaysia (Peringkat Kebangsaan) |
Pasukan | 1 Kumpulan 3 Orang Murid ( Sekolah Menengah : Tingkatan 1 – 3 ) |
Mentor | 1 Guru Pembimbing ( Guru – Guru STEM ) |
Tugasan dan Format Program (Secara Atas Talian) |
1. Pendaftaran 2. Pembentangan Taklimat Program 3. Pemilihan Proposal Penyelidikan 4. Hackathon Poster Infografik 5. Hackathon Persembahan Slide Pembentangan 6. Pembentangan Penyelidikan Peserta (Online) 7. Majlis Perasmian Penutup dan Pengumuman Pemenang |
Syarat-Syarat Penyertaan |
1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia 2. Peserta adalah murid berumur 13 tahun hingga 15 tahun (Tingkatan 1 - 3) 3. Penyertaan adalah secara berpasukan 3 orang murid dan seorang guru pembimbing 4. Penghasilan tugasan adalah dalam Bahasa Malaysia / Melayu 5. Penyertaan tidak boleh digantikan dengan peserta lain setelah tugasan pertama dihantar kepada urus setia. Jika ingin menukar perlu mendapatkan kebenaran daripada penganjur terlebih dahulu 6. Peserta perlu terlibat sehingga ke tugasan terakhir 7. Peserta tidak boleh menukar tema tanpa pengetahuan urus setia |
Program |
1. Penilaian Awal – Penghantaran Proposal Penyelidikan 2. Siri Hackathon – Penghasilan Infografik 3. Siri Hackathon – Penghasilan Slide Pembentangan 4. Penilaian Akhir – Pembentangan Hasil Penyelidikan (Online) 5. Majlis Penutup Secara Atas Talian |
Penyelidikan Berasaskan Pembelajaran STEM |
Membuat penyelidikan yang merangkumi penemuan input kreativiti dan inovasi dalam
bidang STEM. Peserta digalakkan untuk menggabungkan dan menambah dengan pelbagai bahan-bahan yang lain agar dapat menghasilkan projek yang lebih baik dan berkualiti sesuai dengan PAK21 dan IBSE. |
Konsep dan Pengisian Program |
1. Penyediaan Proposal Penyelidikan (Saringan Awal) 2. Penghasilan Infografik (Pengumpulan Data dan Maklumat) 3. Penyediaan Slide Perbentangan 4. Pembentangan Penyelidikan Bersama Panel Juri |
Tema Penyelidikan Berasaskan Pelan Strategik MOSTI (2021-2025) |
1. Penghayatan Pembelajaran STEM Dikalangan Murid Sekolah 2. Pembangunan Lestari Wilayah 3. Pembudayaan Digitalisasi dan Rangkaian Jalur Lebar 4. Keutuhan Dan Daya Tahan Masyarakat 5. Mendominasi Pendidikan Kelas Dunia |
Format Proposal Penyelidikan
HAL | PERKARA |
---|---|
Format Dokumen | |
Muka Hadapan |
Theme Font: Arial, 20, Bold, Center 1. Tajuk Penyelidikan 2. Nama Guru Pembimbing, Nama Murid Beserta No. Kad Pengenalan 3. Nama Sekolah 4. Negeri 5. Nombor Kod Pendaftaran Penyertaan |
Abstrak |
Penulisan abstrak adalah merupakan sinopsis manuskrip yang padat, ringkas dan
merangkumi aspek-aspek permasalahan, objektif, kaedah dan dapatan serta kesimpulan. Berikut adalah maklumat penting untuk abstrak: a. Tidak melebihi 200 patah perkataan dalam Bahasa Melayu. b. Format Italic. c. Format Tulisan Arial, Bersaiz 12. d. Justify, Line Spacing 1.5. e. Disertakan 3 hingga 5 Kata Kunci dibawah penulisan abstrak. |
Isi Kandungan Proposal Penyelidikan |
a. Pengenalan. b. Pernyataan Masalah. c. Objektif Kajian. d. Persoalan Kajian. e. Tinjauan Literatur. f. Metodologi. g. Dapatan Kajian. h. Perbincangan. i. Rumusan. j. Rujukan. Nota Tambahan : - Perlu disertakan gambar rajah, carta, graf atau sebarang bentuk infografik yang menarik - Susunan nombor yang berturut dan mudah di klasifikasikan mengikut kandungan - Laras bahasa saintifik perlu dinyatakan dengan maksud pada bahagian nota kaki |
Penyerahan dan Penghantaran |
Perlu dimuatnaik dalam Format PDF melalui profile portal masing-masing dengan Tajuk/Perkara: Proposal Penyelidikan STEM JUNIOR RESEARCHER |
Format Penulisan |
Tajuk perlu ditulis menggunakan tulisan Arial, bersaiz 12, bold dan dinomborkan
dengan nombor utama. Manakala teks pula ditulis menggunakan tulisan Arial, bersaiz 12 dan justified, line spacing 1.5. Setiap jadual dan gambar rajah perlu disertakan kenyataan kecil dibawah yang bersaiz 11, italic, center. Proposal tidak melebihi 14 muka surat termasuk muka hadapan dan abstrak. Proposal perlu dimuatnaik dalam Format PDF melalui profile portal masing-masing. |
SIRI HACKATHON (VIRTUAL)
HAL | PERKARA YANG PERLU ADA | PENGISIAN HACKATHON |
---|---|---|
Penghasilan Infografik |
1. Tajuk 2. Abstrak 3. Objektif 4. Metodologi 5. Perbincangan 6. Solusi (Penyelesaian) 7. Impak Projek & Inspirasi 8. Rumusan |
1. Format Infografik 2. Pemilihan Software 3. Penggunaan Aplikasi 4. Latihan Penyediaan 5. Perbincangan 6. Pemilihan warna dan susun atur 7. Size A3 (Portrait / Landscape) 8. Hasil kerja perlu dimuatnaik ke laman portal mengikut tarikh yang ditetapkan Diajar oleh mentor yang professional dalam bidang pengkhususan |
Slide Pembentangan |
1. Tajuk 2. Pengenalan 3. Penyataan Masalah 4. Isu Semasa (Kaitan dengan Projek) 5. Perbincangan 6. Solusi (Penyelesaian) 7. Impak Projek & Inspirasi 8. Rumusan |
1. Format Powerpoint 2. Susun Letak Gambar dan Carta 3. Gaya Persembahan 4. Latihan Persembahan 5. Nilai Tambah 6. Perbincangan 7. Hasil kerja perlu dimuatnaik ke laman portal mengikut tarikh yang ditetapkan Diajar oleh mentor yang professional dalam bidang pengkhususan |
Agenda

Hasil Pembelajaran

Hadiah Berserta Sijil Penyertaan
Juara | RM1000, Medal dan Sijil Pemenang |
Tempat Kedua | RM600, Medal dan Sijil Pemenang |
Tempat Ketiga | RM400, Medal dan Sijil Pemenang |
Best Award Proposal | RM300 dan Sijil Pemenang |
Best Award Infografik | RM300 dan Sijil Pemenang |
Best Award Slide Presentation | RM300 dan Sijil Pemenang |
Best Award Presenter | RM300 dan Sijil Pemenang |

Hubungi Kami
Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi kami melalui:
- Talian : 09-6174004
- Email : eduscience.pskt@gmail.com
- Telegram : https://t.me/SJR_2022
Penutup
Program seperti ini adalah wajar dilaksanakan kerana terdapat pelbagai manfaat yang sangat berguna kepada para pelajar dan guru-guru STEM. Mereka akan lebih kreatif dan inovatif dalam memanipulasi bidang ilmu sains dan teknologi. Program ini merupakan salah satu alternatif yang mampu merangsang minda pelajar serta masyarakat dalam membentuk sebuah komuniti yang dinamik yang berteraskan sains, teknologi dan inovasi. Harapan pihak PSKT adalah untuk merealisasikan penghayatan pembelajaran sepanjang hayat.